Monday, May 10, 2010

BUBUR ASSYURA VERSI PENANG...

kalau bercakap tentang bubur assyura ni memang rasanya satu Malaysia tahu tentang menu ni terutamanya dikalangan masyarakat melayu...Tapi untuk team Jurnal Chef dan Riz sendiri, memasak bubur assyura adalah sesuatu yang agak asing bagi kami..maklumlah kebanyakan daripada team kami ni muda-muda belaka..Riz pun dah lama tak tengok atau mencuba sendiri memasak bubur assyura ni..Tapi mujurlah masyarakat kampung di Balik Pulau tempat kami menjalankan penggambaran rancangan Jurnal Chef ini sangat bermurah hati memberikan kerjasama dalam penyediaan masakan bubur assyura yang memerlukan bahan yang banyak..

Kepada penonton semua, jangan lupa untuk mencuba resepi bubur assyura ini yek!!

RESEPI BUBUR ASSYURA





  • Tepung beras - 1 kg
  • Gula merah - 600 gram
  • Gula putih - 1 kg
  • Kacang hijau - 300 gram
  • Kacang merah - 300 gram
  • Jagung - 200 gram
  • Pisang emas - 1 ikat
  • Santan - 2 kg
  • Labu - 500 gram
  • Kacang kuda - 300 gram
  • Ubi keledek - 2 ketul
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Tuesday, May 4, 2010

Tosei & Rawa Tosei Pulau Mutiara!!!

Episod ke-6 Jurnal Chef musim baru ni masih lagi di Pulau Pinang..Kalau episod lepas kami paparkan masakan Baba Nyonya...untuk episod kali ini kami akan paparkan masakan yang memang popular...iaitu Tosei & Rawa Tosei...Masakan masyarakat India di Malaysia ni...Tapi sekarang ni rasanya tak kira apa pun ras semuanya suka makan tosei..betul tak? Kita kan rakyat Malaysia...Apa pun...kat bawah ni kami paparkan resepi untuk 2 menu ni k...Jangan lupa untuk mencuba!!!




TOSEI

1) Beras dikisar halus

2) Kacang Uluthu

(Beras & Kacang Uluthu dikisar halus dan kemudian diperam selama 4 jam)

3) Garam

4) Sedikit Air

RAWA TOSEI

1) Beras

2) Kacang Uluthu

(Beras & Kacang Uluthu dikisar halur dan diperam selama 4 jam)

3) Sedikit air

4) Tepung Suji

5) Sedikit Nasi

6) Garam

7) Telur 1 biji

8) Minyak gi (untuk menggoreng)

9) Sedikit Cili Besar

10) Sedikit Bawang Merah

11) Sedikit Bawang Putih

12) Sedikit Biji Sawi

13) Sedikit Cili Kering

14) Sedikit Daun Kari





Monday, April 26, 2010

Jurnal Chef di Pulau Pinang!!!

Rasanya dah lama jugak Jurnal Chef tak update blog kami ni...Sebenarnya team Jurnal Chef baru je pulang dari Pulau Pinang..Memang seronok bila berada di Pulau Pinang ni sebab Pulau Pinang ni terkenal dengan syurga makanan kan...Istimewa untuk anda semua, paparan Jurnal Chef di Pulau Pinang akan memfokuskan menu-menu dari Baba & Nyonya, India Muslim dan masyarakat Melayu...Khas untuk ep.05 ni kami paparkan resepi dari kalangan masyarakat Baba & Nyonya atau Cina Peranakan...memang lain dari yang lain...

RESEPI PULUT TATAI
BAHAN-BAHANNYA :
700 gram beras pulut (Dicuci bersih dan direndam semalaman)
2 helai daun pandan
200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 camca teh garam
2 camca besar bunga telang kering
3 camca besar air panas (untuk merendam bunga telang)
Daun pisang (mengalas tin)
BAHAN UNTUK MEMBUAT KAYA :
5 biji telur saiz A
250 gram gula halus
300 ml pati santan
2 helai daun pandan
50 gram gula halus (untuk membuat caramel)
RESEPI KUIH ANGKOO
BAHAN-BAHANNYA :
Doh untuk kulit Kuih Angkoo
400 gram tepung beras
150 gram ubi keledak (rebus hingga lembut - ambil isinya dan lecek)
4 camca besar gula
2 camca besar minyak
300 ml air
1/8 camca teh bahan pewarna
Bahan untuk membuat Inti Kuih Angkoo :
300 gram kacang hijau (cuci & rendam semalaman)
300 gram gula
2 helai daun pandan
4 camca besar minyak

Wednesday, April 7, 2010

KUIH SERABIK YANG MACAM LEMPENG?!!

Hari ni 08 April 2010..Jurnal Chef akan menyiarkan episod kedua untuk new season ni...Makanan yang kami paparkan adalah makanan masyarakat banjar pada zaman dulu-dulu..tapi orang kata takde yang dulu..takdelah yang sekarang...jadi menu serabik ni boleh diimprovisekan mengikut citarasa korang semua. Satu lagi yang seronok, kami di team Jurnal Chef sempatlah menjelajah kampung Sungai Sireh di Tanjung Karang tu..memang best kampung ni..sape-sape yang nak merasa kehidupan kampung jangan lupa singgah ke sini ok!!!

Satu lagi..sesape yang nak resepi bolehlah bagitau kami..kami memang sengaja tak memaparkan resepi sebab resepi untuk makanan tradisional ni memang simple sangat..tapi kalau nak...bagi tau k...

Adios!!!

Wednesday, March 31, 2010

MUSIM TERBARU JURNAL CHEF!!!

Emm..penonton-penonton semua dah saksikan ke episod pertama untuk musim terbaru Jurnal Chef? Memang tak banyak pembaharuan yang kami lakukan untuk musim terbaru ni cuma ada sedikit penambahan dan perubahan...contohnya menu kali ini lebih menjurus kepada masakan dan makanan yang berasaskan beras...kalau penonton ada menu atau resepi-resepi menarik yang berasaskan beras bolehlah berkongsi dengan kami...satu lagi pembaharuan yang kami cuba tampilkan adalah dengan meletakkan Riz sebagai pengacara tunggal..Apa pendapat korang semua dengan persembahan Riz? Kami bersedia mendengar komen dan pendapat anda tentang apa sahaja...yang penting dapat mencantikkan lagi rancangan Jurnal Chef ni...

Adios..jumpa lagi!!!

Sunday, February 21, 2010

RAVIOLI BERSAMA SOS TOMATO!!

Khas untuk peminat-peminat Jurnal Chef, episod kali ini kami masih berada di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah...menu masakan yang kami paparkan masih lagi tentang pasta tapi kali ini kami paparkan tentang masakan yang amat mudah disediakan oleh penonton-penonton semua iaitu Ravioli bersama Sos Tomato!!!
RESEPI RAVIOLI BERSAMA SOS TOMATO

10 biji Ravioli(Kulit Pasta Berinti Isi Ayam))
20 gram Bawang Putih Cincang
50 gram Tomato Puree
50 ml Minyak Zaiton
Garam Secukup Rasa
Sedikit Lada Sulah Serbuk
50 ml Stok Ayam (Air Rebusan Ayam)
SELAMAT MENCUBA!!!!

Monday, January 18, 2010

Makan Malam Itali di Duta 36 A

Minggu ni Team Jurnal Chef berkunjung pula ke rumah Ibu angkat Riz Datin Suri, di Duta 36A Taman Duta. Hmmm tapi Azrul pulak takde sebab dia ader hal. khas untuk pengikut setia Jurnal Chef, Riz telah kongsikan 2 hidangan istimewa dari Itali, iaitu "Lasagna al Forno" dan "Tagliatelle Primavera". yang istimewanya dalam episod ini, Riz telah menunjukan cara menyediakan pasta segar di rumah dan memasak dengan mengunakan herba-herba segar yang Riz tanam sendiri. gabungan Basil, Parsley, Oregano & Rosemary segar yang saya gandingkan di dalam dua-dua hidangan ni memang sedap sangat dan terserlah serinya. dan yang paling penting ia mudah disediakan. jadi korang bolehlah cuba sendiri nanti ya... Masakan Itali memang kegemaran saya:-)

Tuesday, November 10, 2009

Jurnal Chef! Jurnal Chef!

Pihak kami sangat berterima kasih kepada penonton-penonton setia Jurnal Chef kerana masih sudi untuk menonton rancangan ini walaupun telah ditukar siarannya pada hari Rabu...Selain itu, sepanjang November dan Disember ini, kami akan mengulang siar mana-mana episod yang menarik untuk tatapan penonton dan berharap anda semua dapat memberikan maklum balas agar kami dapat memperbaiki mutu rancangan ini menjelang Januari 2010 nanti. Berikan apa sahaja komen dari segi pengisian rancangan, pengacara kami dan sebagainya. kami sangat mengalu-alukan pendapat dari anda semua...

Friday, October 2, 2009

Laksa Sarawak & Mee Kolok


Laksa Sarawak dan Mee Kolok ni memang makanan wajib di Sarawak tau...emm...memang Azrul dan Riz ni teruja betul dapat merasa keenakan kedua-dua makanan ini...Tambah-tambah lagi bila Chef Sumardi dari Damai Beach Resort yang menyediakannya..sedap dan memang terangkat! Di sini team Jurnal Chef juga ingin berterima kasih kepada pihak Damai Beach Resort kerana sudi menaja penginapan kami dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kami menjalankan penggambaran di sana...


RESIPI MEE KOLOK

200 gram mee kolok

100 gram sawi (dicelur)

100 gram taugeh (dicelur)

100 gram daging (direbus empuk)

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan kicap manis

2 sudu besar minyak bawang

Sedikit serbuk perasa ayam

sedikit lada



LAKSA SARAWAK

350 gram perencah laksa Sarawak

25 liter air rebusan ayam

250 - 300 ml pati santan

400 gram bihun (dicelur)

50 gram taugeh (dicelur)

100 gram isi ayam (direbus)

3 ekor udang (dibuang kulit)


HIASAN

Telur dadar dimayang

2 batang daun ketumbar

1 biji limau kasturi

Timun dimayang


SAMBAL

100 gram bawang besar

50 gram cili kering

30 gram udang kering

6 - 8 sudu makan minyak masak

50 gram cili boh

30 gram air asam jawa

sedikit belacan

1 sudu gula

Garam secukup rasa

Sunday, September 27, 2009

selamat hari raya!!

Asalamualaikum kepada pelayar-pelayar blog Jurnal Chef. Rasanya belum terlambat untuk team Jurnal Chef mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua..Kami juga berharap anda berpuas hati dengan paparan masakan dan jurnal kami sepanjang bulan puasa dan raya di Sarawak..
Team Jurnal Chef juga ingin memaklumkan bahawa siaran kami akan di tukar pada hari Rabu, pukul 11.30 pagi di TV 1, bermula Oktober ini.
Menjadi harapan kami agar anda tetap setia menonton rancangan ini walaupun waktu siarannya telah berubah...Emm...untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang nak sangat mencuba resipi kek lapis dan kelupis, di bawah ni kami paparkan bahan-bahan yand diperlukan untuk menyediakan dua juadah ini.




KEK LAPIS MASAM MANIS


Bahan-bahannya
300 gram tepung gandum
300 gram gula
8 biji telur
12 biji kuning telur sahaja
200 gram ovelatte

450 gram mentega
200 gram asam manis
2 sudu esen vanilla
150 ml susu pekat
Bahan pewarna (hijau & kuning)


KELUPIS


Bahan - bahannya :

1 kg beras pulut

1 mangkuk santan

sedikit garam

Jangan ketinggalan untuk mencuba kedua-dua resipi ini dan sekiranya anda ada sebarang komen atau pendapat rajin-rajinlah untuk menulisnya dan berkongsi dengan kami...

Sekali lagi kami ingatkan kepada penonton setia Jurnal Chef jangan lupa saksikan Jurnal Chef, setiap hari Rabu, pukul 11.30 pagi di TV 1. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini....











Sunday, September 13, 2009

keenakan kuih bongkol!

Emm...seronok rasanya Azrul dan Riz dapat merasa naik perahu penambang di Kuching...dan yang paling seronok tentunya dapat belajar masak kuih tradisional Sarawak iaitu kuih bongkol...kuih ni jarang - jarang ada pada hari biasa tapi bila menjelang ramadhan memang ramai yang manjualnya...rasanya memang sedap.

Kenangan yang paling kitaorang tak boleh lupakan adalah semasa kami berkesempatan menjual kuih bongkol dan celorot kepada orang ramai...pendek kata kalau kitaorang berjual dekat bazaar ramadhan tu mesti laku punya...sampai jumpa lagi!

Kepada pelayar-pelayar blog kami...coret - coretkanlah pendapat dan komen kepada rancangan Jurnal Chef ni...Insyaallah kami akan cuba memperbaiki mutu persembahan rancangan ini..
Kuih Bongkol
Bahan - bahannya
1) santan
2) Gula Apong (boleh guna Gula Melaka)
3) Telur
4) Pewarna hijau

Monday, August 31, 2009

Nasi Goreng Dabai & Mee Rangup Tomato - hidangan alternatif berbuka puasa!



Riz dan Azrul masih lagi berada di Sarawak bumi kenyalang! Kali ini, kami berada di Damai Beach Resort, Santubong...Memang cantik tempat ni dan ada macam-macam aktiviti yang disediakan kepada pengunjung..bab makan pun best-best belaka.

Tapi istimewa untuk penonton Jurnal chef, di sini kami paparkan 2 resepi yang boleh dijadikan hidangan alternatif untuk berbuka puasa atau bersahur...dua-dua pun sesuai...


RESEPI NASI GORENG DABAI
1 pinggan nasi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
1 tangkai cili merah
20 gram kobis
10 gram sawi
50 gram sotong
50 gram udang
20 gram lobak merah
20 gram buah dabai jeruk
sedikit minyak masak



MI RANGUP TOMATO
200 gram Mee Kolok
100 gram sawi
1 biji tomato (di potong 4)
3 ekor udang
1 ekor sotong
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 tangkai cili merah
10 gram daun bawang
10 gram bawang goreng
2 sudu makan tepung jagung
1 biji bawang putih (di cincang halus)
250 ml air rebusan
minyak bijan (sedikit)
minyak masak (untuk menggoreng)
gula & garam secukup rasa

Wednesday, August 26, 2009

Edisi Khas Sarawak! puasa dan raya...

Akhirnya dapat jugak team Jurnal Chef menjejakkan kaki ke bumi Sarawak..kalau dalam episod sebelum-sebelum ni Riz dan Azrul berseorangan tapi kali ini khas untuk penonton setia Jurnal Chef...Azrul dan Riz kembali berdua..Em..baru best dua-dua adakan..


Oklah, untuk episod pertama di Sarawak sempena bulan puasa ni...kitaorang akan paparkan masakan-masakan tradisi yang ada di Sarawak ni...antaranya bubur pedas, sambal leyak dan botok-botok..

RESEPI BUBUR PEDAS SARAWAK

200 gram mumbu bubur pedas sarawak

70 gram isi ikan

50 gram isi udang

70 gram isi ayam

70 gram daging potong halus

100 gram kulit sapi (rebus & potong halus memanjang)

3 helai daun kunyit

20 gram daun sengkil

20 gram anak jagung

100 gram kacang panjang

50 gram kulat segar

50 gram kentang

50 gram kulat kering hitam

1 tin kulat butang

50 gram bawang merah

50 gram bawang putih

1 liter santan

3 batang serai

20 gram lengkuas

20 gram halia

5 gram cili kering

SAMBAL LEYAK

40 gram halia giling

20 gram ikan bilis giling

200 ml minyak masak

1 sudu teh garam

BOTOK - BOTOK

1 ekor terubuk masin

1/2 biji kelapa parut

10 gram kunyit segar

20 gram cili kering

2 inci lengkuas

3 inci halia

3 biji bawang merah

3 biji bawang putih

3 helai daun kunyit

4 helai daun mengkudu

3 batang serai

1 sudu teh garam (daun nipah muda & 2 batang lidi - untuk membungkus)


Saturday, August 1, 2009

Mee Kuning Pulau Langkawi!

Emm...bulan Ogos menjelma lagi..kalau cakap pasal bulan Ogos mesti kita rakyat Malaysia akan kaitkan dengan sambutan kemerdekaan...tapi bulan Ogos bagi team Jurnal Chef maknanya kami kena cari bahan yang best untuk paparan pada bulan puasa nanti!

Oppss..lupa pulak topik utama kita...kalau cakap pasal mee...mesti yang paling masyarakat Malaysia tahu tak kira apa pun bangsa ialah mee kuning..so, untuk siaran 1 Ogos kami dah pun paparkan tentang pembuatan mee kuning dan resepi istimewanya...dari Pulau Langkawi pulak tu kami bawakan...Kalau cakap pasal Langkawi mesti terbayangkan keindahan alam kurniaan Tuhan di kawasan tersebut...kiranya Azrul dan team Jurnal Chef ni macam berat hati je masa tinggalkan Pulau Langkawi...Oklah khas untuk peminat Jurnal Chef, di sini kami kongsikan resepi mee gulung sizzling hasil ciptaan sendiri En. Alwi dari Restoran MRC di pekan Kuah...





Resepi Mee Gulung Sizzling

300 gram mee kuning
100 gram isi ayam
2 biji telur
100 gram udang
50 gram cendawan shitake
50 gram lobak merah
50 gram bunga kobis
50 gram kailan
1 keping bebola ikan
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap
2 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk pati ayam
1 sudu lada sulah
3 sudu minyak
3 ulas bawang putih digoreng
3 ulas bawang putih dicincang

Saturday, July 18, 2009

Suun pun mi tau!

Jurnal Chef untuk episod ke - 9 telah menjelajah ke negeri terkecil di Malaysia iaitu Perlis Indera kayangan...tapi penjelajahan kali ini agak kurang serinya maklumlah Riz terpaksa berseorangan tanpa Azrul...Azrul ada hal lain yang tak dapat dielakkan...tapi tak apalah...yang penting Riz puas hati apabila dapat tunjukkan kepada penonton semua resepi masakan berasaskan suun. Emm..memang jarang-jarang orang masak suun goreng dengan kerabu kan...tapi untuk episod kali ini itulah yang dikongsikan oleh Chef Norizam dari Hotel Putra Brasmana yang terletak di Kuala Perlis...Suun ni diperbuat daripada kacang hijau dan rasanya juga lebih kenyal..em sedap! Rajin-rajinlah salin Resepi di bawah ni...


RESEPI SUUN GORENG ALA THAI





Bahan bahannya

Suun 100 gram (Rendam dengan air panas)
Bawang Putih 2 biji
Bawang Besar 2 biji
Cili Padi 4 biji (Di ketuk)
Halia 1/2 inci
Serai 1 batang
Daun Limau 2 helai
Black Fungus 5 hekai
Isi Udang 100 gram
Isi Ketam 100 gram
Sos Tiram 3 sudu
Kicap Wan Ja Shan 6 sudu
Stok Ayam 2 sudu
Seleri 1 batang
Lobak 1 batang
Minyak Masak (untuk menumis)




RESEPI KERABU SUUN MAKANAN LAUT


Bahan - bahannya

Suun 100 gram
Sotong 200 gram
Isi Kepah 100 gram
Daun Bawang 30 gram
Daun Sup 30 gram
Seleri 1 batang
Capcicum Merah 1 biji
Capcicum Hijau 1 biji
Air Limau Kasturi 200 gram
Sos Cili Thai 450 gram
Kicap Ikan 350 gram
Bunga Kantan 1 kuntum
Cili Padi 100 gram
Serai 2 batang









Tuesday, July 14, 2009

Bihun istimewa dari negeri Jelapang Padi!






Minggu ini Jurnal Chef masih lagi di negeri Kedah Darul Aman. Lokasi utamanya adalah di Kilang Eka yang merupakan pembekal utama pasaran bihun di Malaysia..Selain berkesempatan melihat pembuatan bihun, team Jurnal Chef juga berkesempatan melihat pembuatan putu mayam di Sungai Ibur, Kedah.


Emm...tapi apa yang paling best adalah bila kami berkesempatan untuk merasa hidangan istimewa di Pak Long Sup Herba. Menunya tentulah Sup Herba Istimewa yang dicampurkan sekali dengan Tongkat Ali...



RESEPI BIHUN SUP HERBA



Bahan - bahannya

200 gram bihun
100 gram daging
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inchi halia
1 tangkai daun tongkat ali
20 gram lada hitam (ditumbuk)
1 ketul rempah bunjut
2 helai daun pandan
3 ketul gula batu
1 liter air
3 sudu makan minyak masak
sedikit daun bawang
sedikit bawang goreng










Thursday, June 25, 2009

Pan min - nipis macam papan...








Destinasi Jurnal Chef seterusnya adalah di Padang Serai, Kedah Darul Aman...Perkara yang paling JurnAL CHef takkan lupa adalah keramahan dan kebaikan hati keluarga pemilik Kilang Eka semasa kami menjalankan penggambaran di sana...Walaupun mereka pemegang 65 peratus pasaran mi di Malaysia ni tapi mereka berbesar hati untuk menunjukkan kepada kami cara membuat Pan Min secara tradisional...maksudnya menggunakan tangan je tau! Sempat jugaklah kami merasa dua hidangan yang di sediakan oleh anak perempuan pemilik Kilang Eka ni iatu Miss Ang...Ha..di bawah ni adalah resepi yang Miss Ang masak...


Resepi Pan Min Sup Ikan Bilis

Bahan untuk membuat Pan Min

1) Tepung Gandum 500 gram

2) Air 250 gram

3) Garam


Bahan untuk membuat Sup
1) Ikan Bilis 100 gram

2) Air 2.5 liter

3) Garam secukup rasa


Bahan - Bahan Lain (Di Goreng)

1) Cendawan Kayu 2 kuntum

2) Cendawan Shitake 8 kuntum

3) Daging Ayam (Bahagian dada) 1 keping (Dicincang)

4) Bawang Putih

5) Minyak Masak

6) Kicap Pekat 2 sudu

7) Kicap Cair 2 sudu

8) Gula 1 sudu kecil


Bahan Hiasan

1) Bawang Hijau

2) Cili Merah

3) Bawang Goreng


Pan Min akan di masukkan ke dalam sup dan di masak seketika sebelum bahan yang digoreng tadi di taburkan dan bolehlah dihidang dan di makan...


Selamat Mencuba!



Resepi Pan Min Makanan Laut



Bahan - Bahan
1) Pan Min 500 gram
Bahan untuk membuat Sup
1) Ikan Bilis 100 gram
2) Air 2.5 liter
3) Garam Secukup Rasa
Makanan Laut
1) Udang Besar
2) Sotong Sederhana
3) Tofu Makanan Laut
4) Bebola Ikan
Bahan - bahan lain
1) Sawi
2) Ikan bilis (di goreng garing)
Bahan - bahan hiasan
1) Bawang Hijau
2) Cili Merah
3) Bawang Goreng
Selamat Mencuba!








kueh teow la pulak...



Em...rasanya dah lama team Jurnal Chef tak masukkan info baru untuk blog kesayangan kami ni...tapi khas untuk tatapan peminat setia Jurnal Chef dan khas untuk siaran 27 Jun ini tentunya pada hari Sabtu, pukul 11.30 pagi di TV 1, kita orang nak kongsikan pengalaman kami dan sedikit info tentang kueh teow...Kalau korang nak tau bahan nak buat kueh teow ni menggunakan beras...beras hancur tau..dan sempat lah jugak kita orang melawat kilang pembuatan kueh teow yang dimiliki oleh pengusaha melayu..boleh tahan jugak besar kilang ni tau...selain melihat sendiri pembuatan kueh teow ni...Azrul dan Riz juga ambik peluang untuk merasa kueh teow th'ng atau senang kata kueh teow sup di Laksa Janggus, Balik Pulau...dan pada sebelah malamnya pulak kitaorang sempat lah jugak singgah merasa Char Kueh Teow di Sani Char Kueh Teow...tempatnya berhampiran Tokong Ular di Bayan Baru...jadi janganlah segan-segan untuk singgah di kedua-dua tempat makan tu kalau ke Pulau Pinang... Jangan lupa saksikan Jurnal Chef setiap Sabtu!

Thursday, April 30, 2009

Laksa Buyong v/s Laksa Janggus






Destinasi kedua Jurnal Chef di Pulau Pinang adalah di sebuah tempat pembuatan kuah laksa dan laksa...Mesti korang tak percaya kalau kami katakan tempat ni hanya membuat kuah laksa sahaja sebagai perniagaan utama mereka...tapi dengan menjual kuah laksa sahaja Perusahaan Laksa Buyong berjaya memiliki kilang pembuatan kuah laksa sendiri dan seterusnya memiliki mesin membuat laksa...Tapi semua tu bukanlah dapat dalam sekelip mata tau..kenalah rajin berusaha dan yang penting tau pasal strategi berniaga...hehe...

Di laksa Buyong, Riz dan Azrul telah dihidangkan dengan Laksa campur...Laksa campur? apa tu? Ha..laksa campur ni sebenarnya macam laksa biasa tapi dicampur dengan sotong, sambal dan sebagainya. Kami juga berkesempatan singgah di laksa Janggus yang sangat popular di Pulau Pinang...Laksa Janggus ni memang superb tau...Kalau tak percaya pergilah cuba sendiri Laksa Janggus di Balik Pulau..

Friday, April 24, 2009

Mee Sanggul ke Mee Siput?



Destinasi Jurnal Chef untuk episod 4, 5 dan 6 adalah di Pulau Mutiara...Em memang best betul berada di Pulau Pinang lebih-lebih lagi si Azrul ni...dapat balik kampung la katakan...Destinasi pertama kami di Pulau Pinang adalah di Kampung Guar Kepayang untuk melihat pembuatan mee sanggul dan menikmati keenakannya...yang paling istimewa tentunya pembuat mee sanggul itu sendiri...sebab team Jurnal Chef berpeluang mengenali sebuah keluarga yang mengusahakan perusahaan mee sanggul dengan menggunakan jenama Mee Sanggul Desa...Sempat jugak Kak Zu yang mengusahakan perusahaan mee sanggul ni memasak dua menu iaitu mee sanggul goreng dan mee sanggul sup..Eh tapi jangan tak percaya Kak Zu tukang rasa je yang masaknye siapa lagi kalau bukan Azrul dan Riz...hehe...jangan lupa untuk saksikan k...