Wednesday, March 31, 2010

MUSIM TERBARU JURNAL CHEF!!!

Emm..penonton-penonton semua dah saksikan ke episod pertama untuk musim terbaru Jurnal Chef? Memang tak banyak pembaharuan yang kami lakukan untuk musim terbaru ni cuma ada sedikit penambahan dan perubahan...contohnya menu kali ini lebih menjurus kepada masakan dan makanan yang berasaskan beras...kalau penonton ada menu atau resepi-resepi menarik yang berasaskan beras bolehlah berkongsi dengan kami...satu lagi pembaharuan yang kami cuba tampilkan adalah dengan meletakkan Riz sebagai pengacara tunggal..Apa pendapat korang semua dengan persembahan Riz? Kami bersedia mendengar komen dan pendapat anda tentang apa sahaja...yang penting dapat mencantikkan lagi rancangan Jurnal Chef ni...

Adios..jumpa lagi!!!

Sunday, February 21, 2010

RAVIOLI BERSAMA SOS TOMATO!!

Khas untuk peminat-peminat Jurnal Chef, episod kali ini kami masih berada di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah...menu masakan yang kami paparkan masih lagi tentang pasta tapi kali ini kami paparkan tentang masakan yang amat mudah disediakan oleh penonton-penonton semua iaitu Ravioli bersama Sos Tomato!!!
RESEPI RAVIOLI BERSAMA SOS TOMATO

10 biji Ravioli(Kulit Pasta Berinti Isi Ayam))
20 gram Bawang Putih Cincang
50 gram Tomato Puree
50 ml Minyak Zaiton
Garam Secukup Rasa
Sedikit Lada Sulah Serbuk
50 ml Stok Ayam (Air Rebusan Ayam)
SELAMAT MENCUBA!!!!

Monday, January 18, 2010

Makan Malam Itali di Duta 36 A

Minggu ni Team Jurnal Chef berkunjung pula ke rumah Ibu angkat Riz Datin Suri, di Duta 36A Taman Duta. Hmmm tapi Azrul pulak takde sebab dia ader hal. khas untuk pengikut setia Jurnal Chef, Riz telah kongsikan 2 hidangan istimewa dari Itali, iaitu "Lasagna al Forno" dan "Tagliatelle Primavera". yang istimewanya dalam episod ini, Riz telah menunjukan cara menyediakan pasta segar di rumah dan memasak dengan mengunakan herba-herba segar yang Riz tanam sendiri. gabungan Basil, Parsley, Oregano & Rosemary segar yang saya gandingkan di dalam dua-dua hidangan ni memang sedap sangat dan terserlah serinya. dan yang paling penting ia mudah disediakan. jadi korang bolehlah cuba sendiri nanti ya... Masakan Itali memang kegemaran saya:-)

Tuesday, November 10, 2009

Jurnal Chef! Jurnal Chef!

Pihak kami sangat berterima kasih kepada penonton-penonton setia Jurnal Chef kerana masih sudi untuk menonton rancangan ini walaupun telah ditukar siarannya pada hari Rabu...Selain itu, sepanjang November dan Disember ini, kami akan mengulang siar mana-mana episod yang menarik untuk tatapan penonton dan berharap anda semua dapat memberikan maklum balas agar kami dapat memperbaiki mutu rancangan ini menjelang Januari 2010 nanti. Berikan apa sahaja komen dari segi pengisian rancangan, pengacara kami dan sebagainya. kami sangat mengalu-alukan pendapat dari anda semua...

Friday, October 2, 2009

Laksa Sarawak & Mee Kolok


Laksa Sarawak dan Mee Kolok ni memang makanan wajib di Sarawak tau...emm...memang Azrul dan Riz ni teruja betul dapat merasa keenakan kedua-dua makanan ini...Tambah-tambah lagi bila Chef Sumardi dari Damai Beach Resort yang menyediakannya..sedap dan memang terangkat! Di sini team Jurnal Chef juga ingin berterima kasih kepada pihak Damai Beach Resort kerana sudi menaja penginapan kami dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kami menjalankan penggambaran di sana...


RESIPI MEE KOLOK

200 gram mee kolok

100 gram sawi (dicelur)

100 gram taugeh (dicelur)

100 gram daging (direbus empuk)

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan kicap manis

2 sudu besar minyak bawang

Sedikit serbuk perasa ayam

sedikit lada



LAKSA SARAWAK

350 gram perencah laksa Sarawak

25 liter air rebusan ayam

250 - 300 ml pati santan

400 gram bihun (dicelur)

50 gram taugeh (dicelur)

100 gram isi ayam (direbus)

3 ekor udang (dibuang kulit)


HIASAN

Telur dadar dimayang

2 batang daun ketumbar

1 biji limau kasturi

Timun dimayang


SAMBAL

100 gram bawang besar

50 gram cili kering

30 gram udang kering

6 - 8 sudu makan minyak masak

50 gram cili boh

30 gram air asam jawa

sedikit belacan

1 sudu gula

Garam secukup rasa

Sunday, September 27, 2009

selamat hari raya!!

Asalamualaikum kepada pelayar-pelayar blog Jurnal Chef. Rasanya belum terlambat untuk team Jurnal Chef mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua..Kami juga berharap anda berpuas hati dengan paparan masakan dan jurnal kami sepanjang bulan puasa dan raya di Sarawak..
Team Jurnal Chef juga ingin memaklumkan bahawa siaran kami akan di tukar pada hari Rabu, pukul 11.30 pagi di TV 1, bermula Oktober ini.
Menjadi harapan kami agar anda tetap setia menonton rancangan ini walaupun waktu siarannya telah berubah...Emm...untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang nak sangat mencuba resipi kek lapis dan kelupis, di bawah ni kami paparkan bahan-bahan yand diperlukan untuk menyediakan dua juadah ini.




KEK LAPIS MASAM MANIS


Bahan-bahannya
300 gram tepung gandum
300 gram gula
8 biji telur
12 biji kuning telur sahaja
200 gram ovelatte

450 gram mentega
200 gram asam manis
2 sudu esen vanilla
150 ml susu pekat
Bahan pewarna (hijau & kuning)


KELUPIS


Bahan - bahannya :

1 kg beras pulut

1 mangkuk santan

sedikit garam

Jangan ketinggalan untuk mencuba kedua-dua resipi ini dan sekiranya anda ada sebarang komen atau pendapat rajin-rajinlah untuk menulisnya dan berkongsi dengan kami...

Sekali lagi kami ingatkan kepada penonton setia Jurnal Chef jangan lupa saksikan Jurnal Chef, setiap hari Rabu, pukul 11.30 pagi di TV 1. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini....











Sunday, September 13, 2009

keenakan kuih bongkol!

Emm...seronok rasanya Azrul dan Riz dapat merasa naik perahu penambang di Kuching...dan yang paling seronok tentunya dapat belajar masak kuih tradisional Sarawak iaitu kuih bongkol...kuih ni jarang - jarang ada pada hari biasa tapi bila menjelang ramadhan memang ramai yang manjualnya...rasanya memang sedap.

Kenangan yang paling kitaorang tak boleh lupakan adalah semasa kami berkesempatan menjual kuih bongkol dan celorot kepada orang ramai...pendek kata kalau kitaorang berjual dekat bazaar ramadhan tu mesti laku punya...sampai jumpa lagi!

Kepada pelayar-pelayar blog kami...coret - coretkanlah pendapat dan komen kepada rancangan Jurnal Chef ni...Insyaallah kami akan cuba memperbaiki mutu persembahan rancangan ini..
Kuih Bongkol
Bahan - bahannya
1) santan
2) Gula Apong (boleh guna Gula Melaka)
3) Telur
4) Pewarna hijau