Tuesday, May 4, 2010

Tosei & Rawa Tosei Pulau Mutiara!!!

Episod ke-6 Jurnal Chef musim baru ni masih lagi di Pulau Pinang..Kalau episod lepas kami paparkan masakan Baba Nyonya...untuk episod kali ini kami akan paparkan masakan yang memang popular...iaitu Tosei & Rawa Tosei...Masakan masyarakat India di Malaysia ni...Tapi sekarang ni rasanya tak kira apa pun ras semuanya suka makan tosei..betul tak? Kita kan rakyat Malaysia...Apa pun...kat bawah ni kami paparkan resepi untuk 2 menu ni k...Jangan lupa untuk mencuba!!!




TOSEI

1) Beras dikisar halus

2) Kacang Uluthu

(Beras & Kacang Uluthu dikisar halus dan kemudian diperam selama 4 jam)

3) Garam

4) Sedikit Air

RAWA TOSEI

1) Beras

2) Kacang Uluthu

(Beras & Kacang Uluthu dikisar halur dan diperam selama 4 jam)

3) Sedikit air

4) Tepung Suji

5) Sedikit Nasi

6) Garam

7) Telur 1 biji

8) Minyak gi (untuk menggoreng)

9) Sedikit Cili Besar

10) Sedikit Bawang Merah

11) Sedikit Bawang Putih

12) Sedikit Biji Sawi

13) Sedikit Cili Kering

14) Sedikit Daun Kari





9 comments:

  1. Hi JC...wow mmg 1Malaysia...x sabar nk tonton JC sok...

    ReplyDelete
  2. tanya ckit...pengacara yg sorg lagi tu...kenapa dah x de...

    ReplyDelete
  3. Hi JC da tgk td tp nak komen skit...hasil tosei td x dpt tgk pun...pastu nak tny merujuk resepi rawa di atas tepung suji digunakan tp dalam JC guna tepung rawa tosei.plz advise?

    ReplyDelete
  4. eenzfm..chef riz kan ambil tepung tose yang siap..lepas tu.letak tepung suji...n bahan lain...ni mesti kes keliru ek..rawa tosei tu nama resepi...apa yang saya faham ler..sori kalau silap..Jc sila beri penjelasan...terima kasih

    ReplyDelete
  5. hehe...rawa tosei tu sebenarnya nama menu/masakan..kalau dikalangan masyarakat India atau di kedai-kedai mamak diaorang campur sekali bawang, telur dan bahan-bahan yang lain dalam bancuhan nak buat tosei tu...tapi Riz dah tukar sikit dengan mengasingkan bahan-bahan tambahan tu...senang kata resepi rawa tosei diambil daripada tosei itu sendiri cuma ditambah bahan lain untuk menjadikannya lebih sedap dan berkhasiat. Betullah kata MawarQaseh tu Riz memang ambik tepung tosei yang dah siap dibancuh dan diperam selama 4 jam tu...n satu lagi mawarQaseh..pasal pengacara yang sorang lagi tu..si Azrul tu kan..sebenarnya Jurnal Chef cuba untuk membuat pembaharuan dengan menampilkan seorang pengacara sahaja iaitu Riz yang memang seorang chef..so sesuai sangat dengan tajuk program ni Jurnal Chef..tapi kalau ramai yang rasa gandingan mereka berdua lebih baik mungkin lain kali kami boleh temukan mereka kembali...

    ReplyDelete
  6. lepas pulau pinang ke mana yer...

    ReplyDelete
  7. Minggu ni adalah minggu terakhir JC di Pulau Pinang dan akan memaparkan tentang resepi bubur assyura...Bermula minggu depan kami akan memaparkan episod di negeri Kedah Darul Aman..Ada 3 episod yang menarik menanti anda di negeri Kedah nanti...so, jangan lupa untuk menonton setiap episod Jurnal Chef k...

    ReplyDelete