Tuesday, November 10, 2009

Jurnal Chef! Jurnal Chef!

Pihak kami sangat berterima kasih kepada penonton-penonton setia Jurnal Chef kerana masih sudi untuk menonton rancangan ini walaupun telah ditukar siarannya pada hari Rabu...Selain itu, sepanjang November dan Disember ini, kami akan mengulang siar mana-mana episod yang menarik untuk tatapan penonton dan berharap anda semua dapat memberikan maklum balas agar kami dapat memperbaiki mutu rancangan ini menjelang Januari 2010 nanti. Berikan apa sahaja komen dari segi pengisian rancangan, pengacara kami dan sebagainya. kami sangat mengalu-alukan pendapat dari anda semua...

7 comments:

  1. 1) kalau boleh setiap segmen memasak di letak dalam youtube supaya penonton boleh refer balik klu terlepas cara cara memasak tu..

    2)pengacara klu makan dan minum tu mengikut adab yg betul contohnya duduk bukan berdiri dan membaca doa sblm makan

    ReplyDelete
  2. betul tu jay..pengacara kena beradab dengan betul...setuju 100%

    ReplyDelete
  3. ada satu cadangan... kalau boleh chef riz buat satu segmen memasak style simple, macam pengembara yang travel solo nk masak... yelah sambil pikul beg hiking, panjat gunung, tapi bawak 'stove'... anytime ready untuk masak, mungkin chef boleh mencadangkan apa menu2 ringkas yang boleh kami cuba semasa mengembara....

    + rancangan ini sangat menarik dan mellow,cool!

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada cadangan anda semua...kami pihak Jurnal Chef amat mengalu-alukan setiap cadangan dan teguran yang diberi..untuk hasrulnizam...memang menarik cadangan tu...so, insyaallah kami akan lakukan sepeti mana yang dicadangkan...nantikan sahaja pembaharuan daripada kami...

    ReplyDelete
  5. salam semua..harap jurnal chef siarkan resepi laksa dan mi rebus pantai kok langkawi..sedap sgt br je mkn msa LIMA 09 aritu..terigt2 smpi arini..thanks

    ReplyDelete
  6. Syabas krn mewujudkan program masakan seperti ni. Teruskan usaha utk memaparkan lbh ramai chef atau tukang masak yg tdk dikenali ramai. Walaupun mereka ni tak glamer, tapi resepi & masakan mereka pastinya istimewa, sedap & lazat.

    ReplyDelete