Thursday, April 30, 2009

Laksa Buyong v/s Laksa Janggus






Destinasi kedua Jurnal Chef di Pulau Pinang adalah di sebuah tempat pembuatan kuah laksa dan laksa...Mesti korang tak percaya kalau kami katakan tempat ni hanya membuat kuah laksa sahaja sebagai perniagaan utama mereka...tapi dengan menjual kuah laksa sahaja Perusahaan Laksa Buyong berjaya memiliki kilang pembuatan kuah laksa sendiri dan seterusnya memiliki mesin membuat laksa...Tapi semua tu bukanlah dapat dalam sekelip mata tau..kenalah rajin berusaha dan yang penting tau pasal strategi berniaga...hehe...

Di laksa Buyong, Riz dan Azrul telah dihidangkan dengan Laksa campur...Laksa campur? apa tu? Ha..laksa campur ni sebenarnya macam laksa biasa tapi dicampur dengan sotong, sambal dan sebagainya. Kami juga berkesempatan singgah di laksa Janggus yang sangat popular di Pulau Pinang...Laksa Janggus ni memang superb tau...Kalau tak percaya pergilah cuba sendiri Laksa Janggus di Balik Pulau..

Friday, April 24, 2009

Mee Sanggul ke Mee Siput?



Destinasi Jurnal Chef untuk episod 4, 5 dan 6 adalah di Pulau Mutiara...Em memang best betul berada di Pulau Pinang lebih-lebih lagi si Azrul ni...dapat balik kampung la katakan...Destinasi pertama kami di Pulau Pinang adalah di Kampung Guar Kepayang untuk melihat pembuatan mee sanggul dan menikmati keenakannya...yang paling istimewa tentunya pembuat mee sanggul itu sendiri...sebab team Jurnal Chef berpeluang mengenali sebuah keluarga yang mengusahakan perusahaan mee sanggul dengan menggunakan jenama Mee Sanggul Desa...Sempat jugak Kak Zu yang mengusahakan perusahaan mee sanggul ni memasak dua menu iaitu mee sanggul goreng dan mee sanggul sup..Eh tapi jangan tak percaya Kak Zu tukang rasa je yang masaknye siapa lagi kalau bukan Azrul dan Riz...hehe...jangan lupa untuk saksikan k...

Friday, April 10, 2009

Mee Suar di Bandar Warisan - Taiping




Lepas Ke Ipoh, Jurnal Chefmeneruskan penjelajahan ke Bandar Warisan, Taiping...

Em, walaupun bandar kecil tapi banyak benda menarik di Taiping ni..Selain banyak bangunan lama, Kehidupan dan makanannya banyak dipengaruhi oleh masyarakat cina. Nak tau tak sebab apa? Ha...kan dulu Taiping ni kawasan lombong bijih timah...Tapi apa yang kami nak kongsikan untuk episod kali ini adalah pembuatan mee suar claypot dan juga kemurahan hati keluarga pemilik Tehki Food Industries semasa kami berkunjung ke sana...

Ipoh...Ipoh...Ipoh...






Best jugak kalau sesekali dapat keluar dari KL...untuk episod ke-2, team Jurnal Chef telah ke Ipoh untuk menyelongkar tentang pembuatan mee wantan dan tentunya resepi menarik berasaskan mee wantan...paling tak dapat dilupakan tentunya kami berpeluang bertemu dengan generasi kedua pembuat mee wantan di Ipoh..Sempat jugak kami melihat pembuatan mee wantan secara tradisional dan moden...kagum sungguhlah kami...

Samada guna tangan atau mesin, bahan untuk membuat mee wantan tetap sama iaitu tepung gandum dan telur..senangkan...





Thursday, April 9, 2009

Mee ramen - Mee udang





Untuk episod pertama penjelajahan Jurnal Chef, dua orang pengacara kami ni iaitu Azrul dan Riz sempatlah jugak melihat pembuatan Mee Ramen dan juga menu istimewa berasaskan mee ramen iaitu mee udang jumbo...memang menyelerakan...Mee ramen ni sebenarnya berasal dari perkataan La Mian yang bermaksud mi tarik..Kalau nak tengok pembuatan mee ramen dan merasa menu istimewa mee udang jumbo ni janganlah lupa ke Restoran Aladdin di Kelana Jaya...

Hai...

untuk anda semua yang gemarkan rancangan masakan tetapi menginginkan sesuatu yang berbeza jangan lupa saksikan rancangan Jurnal Chef yang akan menemui anda pada Mei 2009 di TV 1...Untuk 13 episod awal, rancangan ini akan menjelajah dan meneroka sejarah dan pembuatan mee...Jangan ketinggalan untuk bersama-sama dengan pengacara kami iaitu Chef Riz Redzuawan dan Azrul (Raja Lawak) menjelajah ke serata Malaysia...